Sunday 4 November 2012

Sihir Melalui Telefon. Adakah Anda Mangsanya?

Walaupun zaman sekarang dah di anggap moden dimana banyak teknologi dibangunkan selari dengan pembangunan, ada dikalangan masyarakat kita masih mengamalkan ilmu sihir atau ilmu hitam. Sebenarnya secara kita sedar ataupun tidak, ilmu sihir juga selari dengan dengan pembangunan semasa. Bagaimana? Saya bukanlah pakar dalam sihir tapi ingin berkongsi pengalaman buat tauladan kawan- kawan dan sebagai langkah berjaga- jaga bagi anda di luar sana. Bak kata seorang komando yang dikenali oleh saya secara tidak sengaja, " Tak kena, kita tak percaya. Bila dah kena, kita baru merasa dan percaya." Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, cuma berkongsi ilmu tidak seberapa buat peringatan kita semua.
* Sihir terdapat pelbagai jenis, bukan sekadar yang menyakitkan orang lain atau melindungi pengamalnya seperti kebal atau berkuasa. Di zaman moden sekarang, SIHIR PENGASIH amat popular. Ramai dikalangan kawan- kawan kita yang terkena, tapi ramai yang tidak menyedarinya. Itulah sihir.

* Pada beberapa bulan lepas pada tahun ini sebelum bulan puasa, seorang rakan saya berulang- alik dari rumah dan hospital untuk menghantar teman wanitanya untuk berubat. Si perempuan asyik mengadu sakit tulang belakang. Puas berubat di hospital dan ditahan di wad, habis beribu sebab si perempuan ada insurans dengan hospital tersebut. Tapi tak semua insurans cover. Elok ja hilang sakit belakang, si perempuan sakit buah pinggang pula. Setelah puas berubat, alhamdulillah semakin sembuh tapi masih ada saki baki sakit itu. 

* Sejurus seminggu selepas raya puasa, si perempuan mengadu mimpinya didatangi sesuatu sehingga tubuhnya "dicerobohi". Si perempuan ingatkan itu hanya mimpi basah biasa cuma dirasa pelik dan berbeza juga pahanya terdapat lebam- lebam. Lalu diceritakan pada rakan saya dan rakan saya terus hubungi saudaranya yang agak pandai dalam hal- hal pelik sebegini. Masa rakan saya call, itu adalah kali ke-2 si perempuan diganggu. Dinasihatkan sekiranya pada malam ket-3 masih terjadi, segera pulang ke kampung untuk berubat. 

* Pada malam ke-3, semmgnya si perempuan masih didatangi gangguan tersebut namun dia tak berdaya melawan. Lalu pada lusanya, si perempuan ikut rakan saya berubat di utara tanah air. Kebetulan saya pulang ke kampung, terus membuat keputusan untuk ikut berubat. Si perempuan masih diganggu dan kali ini mangsa di datangi 2 lembaga hitam pada malam sebelum kami sampai di tempat berubat. Si perempuan berkata dia tidak boleh bezakan samada itu mimpi atau dunia nyata. Berbanding sebelum ini hanya merasa didatangi, kali ini penampakkan pula semakin jelas. 

*  Kami bertiga sampai di tempat berubat pada hari ke-6 pada pukul 9malam. Yang berubat saya gelarkan  beliau sebagai PAKSU. Paksu mempunyai perniagaan kedai burung, jd di laman rumahnya sememangnya banyak burung peliharaannya. Setibanya kami di sana, kesemua burung seakan kelam kabut dan membuat bising. Tepat pada pukul 12.30 pagi, paksu memulakan sessi perubatan. Saya pun turut masuk ke bilik dan lihat sendiri cara paksu berubat. Paksu bersama 2 rakannya mula berzikir, dan aku turut berzikir. Lalu rakan paksu mula menarik satu persatu jari kaki si perempuan namun tiada apa berlaku. Si perempuan tetiba pengsan setelah dihembuskan bacaan ayat suci oleh paksu ke telinganya lalu rebah ke belakang. Kemudian si perempuan terus menangis dari pengsan dan terus muntah. Yang merasuk adalah SAKA HARIMAU.  Dihantar melalui makanan dan minuman. Lebih teruk rambutnya di ambil si pelaku sihir. Ditanya oleh si perempuan siapa yang sanggup melakukan perkara itu, paksu hanya berkata, "ada tak kawan lelaki yang baik dengan kamu, dia baik hati, kamu senang bersembang dengannya dan merasakan dia baik sangat? Dialah yang melakukannya". Si perempuan terdiam dan mengangguk, tanda dia kenal si pelaku. Kata paksu lagi, sekiranya lambat berubat, si perempuan akan mengandung seperti perempuan lain tetapi di saat mahu melahirkan anak, tiada apa yang keluar. Rakan aku dan aku hanya terdiam.
* Selepas itu, si perempuan harus dimandikan di sebuah jeram. Biasanya bagi pesakit sihir yang ringan hanya dimandikan di hadapan rumah sahaja kata paksu. Tetapi yang merasuk si perempuan agak kuat dan khuatir Jin Saka tersebut akan menganggu penghuni rumah berhampiran. Sesampainya kami di sana, kabus tebal meyelubungi kami tetapi hairan langsung tidak sejuk. Jadi si perempuan bersama seorang lagi pesakit lelaki di letakkan dalam jeram pada pukul 2 pagi. Pesakit lelaki terketar- ketar tetapi si perempuan biasa saja. Boleh senyum lagi. bayangkan air jeram pada pukul 2 pagi sejuk macam mana? Pukul 2 petang pun dah sejuk. Setelah paksu dan seorang rakannya melaungkan azan, kabus yang tebal terus hilang. Lalu si perempuan dibangunkan setelah habis berzikir, dan diletakkan pada tebing jeram itu. Si perempuan tetiba meronta dan terus pengsan di tebing setelah disambut rakan paksu. Paksu mula bersilat, seperti menghalau sesuatu dan terdengar ngauman harimau sebanyak 5- 6 kali. Suara seakan manusia yang mengajuk suara harimau tetapi ngauman itu hampir kepada ngauman harimau sebenar. Meremang bulu tengkuk aku masa tu.

* Rupanya pada saat si perempuan pengsan, sesuatu melayang dari atas pokok seakan manusia tetapi mempunyai sayap seperti kelawar terbang dan ingin meluru ke arah perempuan tetapi berjaya dihalang oleh paksu semasa bersilat atas batu tadi. Paksu bercerita, pernah beberapa tahun dahulu pesakitnya rebah di tebing tersebut lalu jatuh ke dalam air setinggi  paras lutut sahaja tetapi tubuh pesakit tak dijumpai. Selang 3-5 saat, pesakitnya timbul dan mati. Hanya 3- 5 saat. Dipercayai ditarik oleh sesuatu ke dalam air. 

* Setelah selesai di situ, kami yang menumpang di rumah paksu terus pulang ikut jalan yang lain. Khuatir sekiranya ikut jalan yang sama ketika kami menuju ke jeram itu, benda yang dibuang akan ikut kembali pulang. Ini kerana pada malam yang pertama berubat, hanya proses membuang. Untuk "memasang" pendinding pada keesokkan malam pula. Sebelum sampai ke rumah paksu, kami singgah ke sebuah kedai makan untuk minum- minum. Ditayangkan di TV3 cerita Jangan Pandang Belakang Congkak Part 1 membuat aku menggelengkan kepala dan tersenyum tawar setelah melalui saat- saat itu tadi. 

* Pada malam Ke-2 berubat, Sihir melalui telefon si perempuan pula menjengah. Itu dalam Part 2 entri saya nanti sekiranya anda masih berminat nak menbaca. Macam movie lak kan? hehehe. Dan diterangkan cara menghindari sihir melalui telefon. Terima kasih sudi membaca entri yang agak panjang ini. Sekadar berkongsi pengalaman.

Saturday 3 November 2012

Petanda Anda Patut Berhenti Facebook.

Ya, anda sememangnya patut berhenti bermain Facebook sekiranya anda mempunyai salah dua daripada salah satu petanda ini. Lebih gila, anda yang mempunyai KESEMUA simptom- simptom tersebut. Mungkin Mark Zukenbeg patut jadikan anda bisnes partnernya. 

1) Marah sekiranya terdapat perubahan pada Facebook - Ada satu ketika tu, Facebook banyak kali wat perubahan. Timeline la,  limit add friend la, chatbox bertukar- tukar la, sampai tak sedar ada dikalangan kita yang maki- maki, keluarkan perkataan tak elok, sampai ada yang ugut nak tutup facebook (padahal smpai skg dok guna lagi, silap- silap ada 3 4 akaun).

2) Selalu komen FIRST - Tak taulah dari mana fenomena komen FIRST ni datang. Ada yang cakap mereka ni kurang kasih sayang dan perlukan perhatian. Andai anda tergolong dalam kumpulan ini, keluarlah ke dunia nyata mencari rakan- rakan sebaya dan buatlah aktiviti berfaedah dari menunggu penampar dari kawan- kawan sebab annoying dengan komen anda.

3) Check-in setiap tempat - Memanglah Facebook bagi kemudahan nak check-in tapi untuk kita berkongsi tempat- tempat menarik dan bermanfaat untuk semua. Ini kat umah pun nk check in, atas katil pun sama, tgk tv kat umah pun nak check in, beli barang kat kedai runcit Pak Harun kat pekan pun nak check in. Serius weh, no one care.

4) Ambil gambar muka sendiri - Serius, tak rasa bersalah ke amik gambar muka sendiri depan webcam, depan cermin tandas pastu buat  DP atau Profile Picture? Kalau anda seorang yang berkeyakinan tinggi pun, tolonglah keluar jenjalan  kat luar, ajak kawan- kawan hang-out. Then, snap lah gambar- gambar yang menarik sikit untuk dibuat DP. Untung-untung seronok keluar dgn kawan anda dapat, memori- memori sweet pun anda dapat bersama rakan. Tolonglah!!!!

5) Kerap chat, wall to wall dan inbox dgn kawan baik - Kawan Baik atau dlm istilah lain adalah seseorang yang rapat, kerap melakukan aktiviti bersama, kongsi susah senang suka duka dan ia dilakukan di DUNIA NYATA. Sekiranya anda nak keluar makan pun kena tulis kat wall kawan, nak pinjam sesuatu pun nak kena chatting, nak cakap rindu kat kawan pun kena ber wall to wall, padahal kawan stay beberapa blok ja dari umah anda atau sekelas, anda bakal menghadapi masalah besar! Sebab Facebook akan ditutup pada bulan hadapan. Jadi, sila salahkan Facebook sekiranya anda putus kawan. 

6) Lupa tarikh penting, besday kawan. - Ingat tak dulu- dulu kalau kita tandakan kat kalendar bila besday kawan kita, tarikh- tarikh penting, atau apa- apa event yang penting. Sweet kan memori tu? Tapi sekarang dunia sudah berubah di mana semuanya guna Facebook ja. Tak taulah samada anda sememangnya popular atau tak ingat tarikh besday mak sendiri. Ye la, mak kan xda Facebook. Caittttt..!!!!!

7) Berlumba tambah rakan - Jumlah kawan di Facebook tidak menunjukkan itu adalah yang benar di dunia sebenar.Kalau anda didapati bersedih dan tertekan disebabkan jiran sebelah rumah mempunyai kawan beribu dari anda di Facebook, jauhkanlah diri anda dari Facebook dan keluarlah mencari kawan- kawan di dunia sebenar.

 8) Berhutang sebab game dalam Facebook - Poker Zynga, Famville dan Mafia Wars atau sekiranya anda merupakan salah seorang yang ketagih main salah satu game yang terdapat dalam Facebook, di samping menyemakkan News Feeds kawan- kawan dalam Facebook yang mengatakan anda baru beli lembu, kambing, rampas kawasan jajahan geng- geng lain itu sememangnya dah teruk. Lagi teruk, duit simpanan dalam akaun anda telah susut atau anda sanggup berhutang dengan keluarga atau rakan- rakan semata- mata nak kekalkan level anda dalam game tersebut. Anda patut berhenti. Ini serius!

9) Update status dalam tandas - Sampai nak memerut pun nak bagitau kat satu dunia ke yang anda sedang tuuuuttt dalam tandas. Letak la henset tu dulu kat bawah. Tak pun simpan la dalam beg atau kocek dulu. Selesaikan dulu apa yang patut. Bila perkara yang tak sepatutnya di ceritakan kepada umum tetapi anda menganggap itu perkara biasa, itu memang masalah. Tapi sekiranya dalam tandas ada disediakan PC semata- mata untuk anda berfacebook, anda didapati TIDAK BERSALAH. Hehehe.

10) Update status banyak kali - Kadangkala saat indah, manis, lawak dan sedih sememangnya tak salah share dengan kawan- kawan di facebook. Tapi kalau dalam sehari anda update status setiap jam, mungkin setiap dua minit asyik- asyik update yang anda " Sedang berjalan", "Makan bersama......", "Minum air jap", "bosan", "tgk tv, tv tgk aku" atau apa yang seangkatannya, sedarlah yang kawan- kawan dah meluat dengan anda. Silap haribulan, anda masih dalam friendlist mereka dalam Facebook, tapi mereka dah unsubscribe segalanya tentang anda jadi anda tak termasuk la dalam news feed mereka. Tak mustahil kadang- kadang anda tertanya, "Eh, aku dah update kat FB aritu, tak baca ek?Ni mesti u tak like status i kan". Kawan pun " Ye ke, lupalah, sori:p". Sendiri mau ingatlah ye:)